Nasi Minyak

nasi minyak sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan dan juga sebaliknya.. sudah menjadi adat orang melayu apabila mengadakan majlis perkahwinan semestinya ada nasi minyak sebagai juadah kepada tetamu yang diundang.. ada juga dikalangan kita mengunakan nasi minyak sebagai suatu motif.. contohnya, "kau bila nak bagi kita orang makan nasi minyak" dan sebagainya.. saya pun cuma gemar makan nasi minyak ini di majlis perkahwinan sahaja.. saat ini saya ingin mengkongsikan resipi/caranya membuat nasi minyak.. ;)


Bahan-bahan (4/5 orang) :

  • 4 cawan sederhana beras basmathi
  • 6 cawan sederhana air (bergantung kepada jenis beras)
  • 1-2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 1/2 inci halia (dihiris)
  • 3-4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cawan sederhana susu cair 
  • sedikit minyak sapi untuk menumis bahan-bahan
  • garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
Cara-cara :

  1. mula-mula didihkan air, sambil itu basuh beras dan toskan
  2. di periuk lain pula, tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau
  3. kemudian, masukkan bahan yang ditumis tadi (dengan minyak sedikit sekali) kedalam air yang dididih tadi, kemudian,masukkan beras, garam secukup rasa, dan daun pandan
  4. apabila, nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair, dan biarkan sampai masak
  5. selepas itu, bila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning ke 3/4 bahagian, kemudian gaulkan dengan perlahan-lahan
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan.



Nasi Minyak tersedia sudah.....

Kuih Kasturi

kuih kasturi adalah sejenis kuih yang berasaskan kacang hijau dan juga kelapa.. kuih ini enak di nikmati apabila masih dalam keadaan panas..(emm enaknya).. jikalau mahu tahu kuih ini adalah kuih yang kerap ummi saya buat dan adalah kegemaran saya juga.. tapi saya lebih suka makan kuih ini apabila ummi saya yang buat..heheh    Disini ada resipinya....
Bahan-bahan yang di perlukan :
   1. Untuk inti:
  • 1 cawan kacang hijau (rendam selamat 4-5 jam)
  • air secukupnya untuk direbuskan kacang tersebut
  • 1/2 cawan gula pasir (ikut kehendak masing-masing ya)
  • 3 sudu makan atau lebih kelapa parut (putih ya sahaja)
  • 4 sudu makan tepung gandum.
   2. Untuk kulit/salut :
  • 1 cawan atau lebih tepung beras
  • 1 sudu makan tepung jagung (kalau tak letak pun tidak mengapa)
  • 1sudu teh serbuk kunyit (sebagai warnanya kekuningan)
  • 1/2 sudu teh kapur sirih (ini dimasukkan untuk menampakkan susu kuning)
  • air secukupnya
  • garam
  • minyak masak (untuk menggoreng)
Caranya :
   1. Untuk inti :
  • kacang hijau direbuskan terlebih dahulu sehingga kacangnya lembut dan kering airnya (di ingatkan jangan sampai hangus)
  • masukkan kelapa, gula, dan tepung gandum. gaulkan sehingga sebati dan sejukkan/rehatkan sebentar
  • kemudian, ambil sedikit adunan tadi dan bentukkan seperti bebola dan leperkannya..
   2. Untuk kulit/salut :
  • panaskan minyak di dalam kuali
  • masukkan kesemua bahan kecuali minyak masak tadi ke dalam mangkuk dan bancuh sehingga sebati
Akhir sekali, celupkan adunan yang berbentuk bebola leper tadi ke dalam bancuhan tepung (satu per satu) dan gorengkannya sehingga kuning keemasan. angkat dan biarkan ianya sejuk sedikit...
Tersedialah kuih kasturi yang enak bagi diri masing-masing.....  =)



SELAMAT MENCUBA ya.....

Hari Asyura ~ 10 Muharam

Hari Asyura ialah 10 Muharam (tahun hijrah).

Hari Asyura mengingat kita akan banyak peristiwa, dan sejarah bagi umat islam.

Hari Asyura juga digelar Ayyamillah (hari-hari Allah) iaitu hari-hari yang dinasabkan oleh Allah swt kepada diriNya.

Maksud Hari-hari Allah ialah Ayat-ayatNya dan nikmatNya seperti selamatnya Nabi Musa as dan kaumnya dari kekejeman firaun, terbelahnya laut, tenggelamnyafiraun dan tenteranya yang zalim lagi mendustakan Allah swt ,.

Iman Al-Qurtuby berkata bahawa perkataan "Asyura" diambil dari perkataan Asyara yang bermakna "sepuluh".

Ada hadis meriwayatkan bahawa Hari Asyura merupakan hari yang paling afdhal untuk berpuasa selepas bulan Ramadan dan Hari Arafah.

Puasa di Hari Asyura dapat menghapuskan dosa setahun.

Ini adalah diantara anugerah Allah swt kepada manusia yang memang lumrah terdedah dengan melakukan kesilapan dan kelemahan. 

Allah swt menjadikan hari tersebut sebagai sebab untuk pengampunan dosa dan taubat.

Di sunatkan untuk berpuasa pada hari yang ke sepuluh Muharam dan lebih baik lagi puasa sehari sebelum (9 Muharam) dan hari selepas (11 Muharam) sepuluh(10) Muharam. 

WA ALLAH HU'ALAM

Pencuci Mulut Yang Mudah ; Pudding Delicios

Pudding, di kenali dengan strukturnya yang anjal..bermaksud jika di sentuh, strukturnya akan bergoyang ataupun bergerak-gerak..heheh   mudah untuk menbuatnya...untuk makan petang dan malam,..dan ada juga digunakan untuk beberapa majlis..contohnya, majlis pernikahan..  =]
Resipi Puding Kelapa Susu
Bahan-bahan yang di perlukan :

  • 150ml santan kotak (digalakkan)
  • 120ml susu pekat manis (mengikut jenama yang anda inginkan)
  • 300ml susu segar (yang untuk di minum tu)
  • 30 gula (jika sukakan manis lagi digalakkan untuk menambahnya)
  • 2 biji telur (telur ayam ya)
  • esen vanila (digalakkan 1/2 sudu sahaja)
  • karamel (2 sudu besar gula dan 1 sudu besar air).
Langkah Seterusnya (cara menyediakan) :


  1. sediakan karamel terlebih dahulu, panaskan air dengan gula sehingga warnanya menjadi perang.tuangkan ke dalam acuan..(mengikut cita rasa anda, ada yang bentuk love,bulat dan lain-lain).ketepikan untuk sementara.
  2. sediakan mangkuk, dan masukkan telur (satu per satu), kacau sekejap tetapi jangan sampai berbuih ya.
  3. kendian, masukkan santan, susu pekat, susu segar, gula dan esen vanila ke dalam mangkuk tadi. kacau semula sehingga semuanya sebati.
  4. tapiskan adunan (yang di kacau sebati tadi) masuk ke dalam acuan yang ada karamel tadi..
  5. letakkan acuan tadi ke dalam oven plate (di bahagian luar acuan). masukkan air suam ke dalam oven plate tersebut. (tak perlu tutup pun tak apa).
  6. kemudian, bakar dengan suhu 200 degree selama 35-40 minit macam tu(agak-agak kekuningan). dan boleh juga dikukus, mungkin selama 40 minit ke atas bergantung kepada struktur pudding tersebut.. (pastikan ianya masak tau).
  7. akhir sekali, pastikan puding itu betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan tersebut.. ALHAMDULILAH selesai juga resepi puding delicios ni..
sebagai hiasan, boleh la melatakkan sesuatu yang menarik tetapi boleh dimakan..(berry-berry)
gambar-gambar yang boleh dijadikan contoh,...



Bubur Lambuk Malaysia Ala Johor

Bubur lambuk adalah antara makanan tradisi orang melayu..Bubur lambuk di malaysia berbeza mengikut negeri. Ada yang manis, ada yang pedas dan ada juga yang tawar..Disini ada resipinya.. 
RESIPI BUBUR LAMBUK
  bahan-bahan yang di perlukan:
  • 2 cawan beras
  • secawan santan (saiz sederhana)
  • sebiji bawang besar dan 4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 300 gram daging atau ayam (di potong halus atau kisar)
  • 1 sudu kesil serbuk lada putih
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • 100 gram kacang tanah (direndam semalaman)
  • daun sup
  • garam dan gula (secukupnya)
  • bawang goreng
  • 4 sudu rempah soto
  • 1 paket sup bunjut
  • 1 kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 2 bunga cengkih, 2 buah pelaga (4 bahan sekawan)
  • air secukupnya
  • setengah sudu serbuk jintan putih
  • 1 sudu lada hitam
  • 3 ulas bawang putih, 1/2 inci halia dan 1/2 biji bawang besar (dihiris)
  • kentang dan lobak merah (dipotong dadu)
Langkah Seterusnya,
  • panasakan sedikit minyak, tumis 4 bahan sekawan, kemudian masukkan bahan hirisan dan yang di kisar tadi, tumis seketika dan baru masukkan bahan kisar...tumis kembali sehingga garing sedikit dan naik aromanya.
  • bancuh rempah soto dengan 1/2 cawan air, dan masukkan ke dalam tumisan tadi (tumis untuk seketika)..jangan lupa tumis dengan api yang kecil..
  • kemudian, masukkan daging/ayam tadi, lada hitam, lada putih, jintan putih, sup bunjut dan juga sedikit air..kacau seketika dan masukkan beras, kekacang, air secukupnya, sedikit garam dan gula..biarkan ia sehingga mendidih.,
  • apabila nampak beras hampir kembang, baru masukkan kentang dan lobak tadi.
  • kemudian, setelah kentang, lobak, dan kacang lembut, masukkan santan dan tambah air masak jika kelihatan terlalu pekat.
  • tambah garam secukupnya
  • bila dah masak, taburlah bawang goreng dan daun sup (sebagai hiasan)..Selesai la sudah juadah..
SELAMAT MENCUBA DAN MENIKMATINYA,..



disediakan oleh insan yang lemah,.,,,  =]