Resipi Puding Kelapa Susu
Bahan-bahan yang di perlukan :
- 150ml santan kotak (digalakkan)
- 120ml susu pekat manis (mengikut jenama yang anda inginkan)
- 300ml susu segar (yang untuk di minum tu)
- 30 gula (jika sukakan manis lagi digalakkan untuk menambahnya)
- 2 biji telur (telur ayam ya)
- esen vanila (digalakkan 1/2 sudu sahaja)
- karamel (2 sudu besar gula dan 1 sudu besar air).
- sediakan karamel terlebih dahulu, panaskan air dengan gula sehingga warnanya menjadi perang.tuangkan ke dalam acuan..(mengikut cita rasa anda, ada yang bentuk love,bulat dan lain-lain).ketepikan untuk sementara.
- sediakan mangkuk, dan masukkan telur (satu per satu), kacau sekejap tetapi jangan sampai berbuih ya.
- kendian, masukkan santan, susu pekat, susu segar, gula dan esen vanila ke dalam mangkuk tadi. kacau semula sehingga semuanya sebati.
- tapiskan adunan (yang di kacau sebati tadi) masuk ke dalam acuan yang ada karamel tadi..
- letakkan acuan tadi ke dalam oven plate (di bahagian luar acuan). masukkan air suam ke dalam oven plate tersebut. (tak perlu tutup pun tak apa).
- kemudian, bakar dengan suhu 200 degree selama 35-40 minit macam tu(agak-agak kekuningan). dan boleh juga dikukus, mungkin selama 40 minit ke atas bergantung kepada struktur pudding tersebut.. (pastikan ianya masak tau).
- akhir sekali, pastikan puding itu betul-betul sejuk sebelum dikeluarkan dari acuan tersebut.. ALHAMDULILAH selesai juga resepi puding delicios ni..
gambar-gambar yang boleh dijadikan contoh,...
No comments:
Post a Comment