Nasi Minyak

nasi minyak sering dikaitkan dengan majlis perkahwinan dan juga sebaliknya.. sudah menjadi adat orang melayu apabila mengadakan majlis perkahwinan semestinya ada nasi minyak sebagai juadah kepada tetamu yang diundang.. ada juga dikalangan kita mengunakan nasi minyak sebagai suatu motif.. contohnya, "kau bila nak bagi kita orang makan nasi minyak" dan sebagainya.. saya pun cuma gemar makan nasi minyak ini di majlis perkahwinan sahaja.. saat ini saya ingin mengkongsikan resipi/caranya membuat nasi minyak.. ;)


Bahan-bahan (4/5 orang) :

  • 4 cawan sederhana beras basmathi
  • 6 cawan sederhana air (bergantung kepada jenis beras)
  • 1-2 biji bawang besar (dihiris)
  • 1 1/2 inci halia (dihiris)
  • 3-4 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 cawan sederhana susu cair 
  • sedikit minyak sapi untuk menumis bahan-bahan
  • garam
  • sedikit rempah tumis
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 helai daun pandan
  • sedikit kismis kuning dan gajus sebagai hiasan
Cara-cara :

  1. mula-mula didihkan air, sambil itu basuh beras dan toskan
  2. di periuk lain pula, tumiskan rempah tumis, bawang besar, bawang putih, dan halia sehingga naik bau
  3. kemudian, masukkan bahan yang ditumis tadi (dengan minyak sedikit sekali) kedalam air yang dididih tadi, kemudian,masukkan beras, garam secukup rasa, dan daun pandan
  4. apabila, nasi kering dan hampir masak, masukkan pula susu cair, dan biarkan sampai masak
  5. selepas itu, bila nasi sudah masak, titiskan pewarna kuning ke 3/4 bahagian, kemudian gaulkan dengan perlahan-lahan
  6. masukkan kismis dan gajus sebagai hiasan.



Nasi Minyak tersedia sudah.....

No comments:

Post a Comment