RESIPI AYAM MASAK MERAH

Ayam masak merah adalah antara lauk kegemaran ku..hihi  ayam masak merah sering di makan bersama nasi minyak, nasi hujan panas dan juga nasi kosong biasa..emmm, yummy...tapi ummi ku jarang sekali membuatnya,,..tetapi ku memahami kerana ummi ku kurang kelapangan masa..  =)  hari ini saya ingin mengkongsi resipi ayam masak merah,,...


Bahan-bahan yang diperlukan : (4 orang)

  • 1/2 ekor ayam
  • sedikit garam dan kunyit
  • 100 gm cili kering kisar
  • 1 inci halia (kisar)
  • 2 ulas bawang putih (kisar)
  • 1 labu bawang besar (kisar)
  • 1 biji tomato (potong dadu)
  • 1/2 cawan sos tomato
Cara-caranya,,,

  1. ayam yang telah di potong, gaulkan dengan garam dan kunyit..kemudian goreng sehingga 2/3 masak..
  2. tumiskan bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau.kemudian, masukkan sos tomato tadi dengan buah tomato yang dipotong dadu tadi..dan tumis sehingga naik minyak..
  3. masukkan ayam yang telah di goreng tadi..biarkan sebentar sehingga kuah menjadi pekat.dan hendaklah menjaga api dan kerap gaulkannya..
  4. apabila kuah dah kelihatan pekat maka bolehlah masukkan bahan-bahan hiasan..dengan itu tersedialah lauk ayam masak merah... =)



Juadah ayam masak merah yang sungguh menyelerakan,,,....  =]

No comments:

Post a Comment