KUIH JAGUNG BAKAR

selalunya jagung dibuat sweet corn dan buat sup..tetapi jagung juga boleh dibuat kuih dan bakar pula tu..huhu  disini nak kongsi sikit, yang abang ku suka sangat kuih jagung bakar ni,,..tak tahu la kenapa,..hihi  masa bulan ramadan hari tu sibuk tanya ada jual kuih ni tak.??  =)  diriku hanya dapat memberi resipi ini kat dia aja,..hehe  resipi dibawah,,,,

Bahan - bahan :

  • 500gm tepung gandum (diayak)
  • 5 biji telur
  • 1 tin jagung
  • 1 cawan sederhana gula pasir
  • 700ml santan
  • sedikit minyak sapi
  • garam
  • pewarna kuning

Cara - cara : 
  1. masukkan tepung gandum dalam sebuah bekas kemudian campurkan dengan telur, santan, gula, sedikit garam, dan pewarna kuning.
  2. kacau adunan sehingga tidak bergentel-gentel.
  3. sesudah itu, masukkan jagung manis (tin) dan kacau lagi sehingga rata.
  4. sapukan acuan pembakar dengan sedikit minyak sapi.
  5. tuangkan adunan kedalamnya dan bakar sehingga masak (175'C selama 45-50minit)..selepas bakar..siap sudah kuih jagung bakar..


kuih ini boleh didapati di pasar malam mahupun di bazaar pada bulan ramadan,..dan SELAMAT MENCUBA RESIPI INI,,,...  =D

No comments:

Post a Comment