NASI TOMATO

nasi tomato diberi nama kerana nasi ye berwarna merah dan bercampur dengan tomato itu sendiri..nasi ini sesuai dimakan dengan ayam merah..amat sukar diri ini untuk makan di rumah kerana ummi saya sibuk sangat..selalunya makan diluar saje..hihi  nasi tomato kebiasaannya dijamu tetamu semasa waktu tengahari dan disesetengah majlis..mari lihat resipinya disini..  =]

Bahan - bahan :

  • 500gm beras wangi - dibasuh dan disejat
  • 500gm beras biasa - dibasuh dan disejat
  • 150gm minyak sapi/margerin
  • 2 bunga cengkih
  • 1 bunga lawang
  • 3 buah pelaga
  • 5cm kayu manis
  • 1 labu bawang besar (dicincang)
  • 150ml puri tomato
  • 1.5 liter air
  • garam
  • 2 ulas bawang putih (dikisar)
  • 5 biji bawang merah (dikisar)
  • 1 labu bawang besar (dikisar)
  • 1.5 inci halia (dikisar sekali)
Cara - cara : 
  1. panaskan minyak sapi, tumis cengkih, lawang, pelaga, dan kayu manis sehingga 1/2 minit
  2. bubuh bahan yang dikisar tadi dan kacau sehingga wangi
  3. masukkan puri tomato, kacau beberapa minit..setelah itu masukkan beras dan gaul sebati
  4. kemudian bubuh air dan garam sedikit..dan masak hingga airnya kering..dalam keadaan apinya perlahan dan tutup periuk tadi..
  5. bila dah masak, taburkan bawang goreng dan tomato dipotong bulat sebagai hiasan...sudah siap NASI TOMATO kita.....hihi  =)
RESIPI NASI TOMATO ada disini.....  =]

No comments:

Post a Comment