Bahan-bahan :
- 6 biji pisang masak (dibuang kulit)
- 1 cawan gula pasir
- 2 cawan tepung gandum (diayak)
- 1/2 biji kelapa parut
- garam
- daun pisang secukupnya (dilayur atas api)
- panaskan pengukus
- kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati
- ambil sekeping daun pisang, letakkan 1 sudu adunan di atas pisang dan letakkan ditengah-tengah bahagian pisang secara memanjang.letakkan 1 sudu teh kelapa parut ditengah adunan tadi sebagai inti dan tutup kelapa tadi dengan 1 sudu adunan pisang. balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah supaya menjadi lipatan. buat dengan cara tadi untuk semua sehingga habis..
- kemudian letakkan dalam dulang pengukus dan kukus selama 1/2 jam atau hingga masak (daun pisang layu kekuningan). sudah sedia untuk dihidangkan dan dinikmati... =]
selamat mencuba ya... =]
No comments:
Post a Comment