ADAKAH ANDA SUDAH MENGENALI BULAN-BULAN ISLAM

Sebagai umat Islam kita haruslah tahu bulan-bulan Islam. Allah S.W.T telah berfirman yang bermaksud (Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). 
(Surah Al-Taubah : 36).


Terdapat dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah S.A.W di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar As-Saiddiq r.a bahawa Rasululluah S.A.W memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata :
"Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah Muharam dan Rejab yang terletak antara Jamadilakhir dan Syaaban." (Hadis Riwayat Imam Ahmad)


Bulan Islam mengikut pergerakkan Bulan bukannya Matahari yang digunakan oleh orang barat dalam kalendar mereka iaitu masihi. Saidina Umar Al-Khattab r.a yang bertanggungjawab terhadap bulan Islam ini kerana beliaulah yang merasmikan penggunaan kalendar hijrah ini.

BULAN-BULAN DALAM ISLAM
  1. MUHARAM
  2. SAFAR
  3. RABIULAWAL
  4. RABIULAKHIR
  5. JAMADILAWAL
  6. JAMDILAKHIR
  7. REJAB
  8. SYAABAN
  9. RAMADAN
  10. SYAWAL
  11. ZULKAEDAH
  12. ZULHIJJAH.


SEMOGA KITA DAPAT MENGGINGATI BULAN-BULAN ISLAM..
IN SHAA ALLAH   =)

No comments:

Post a Comment