MEE BANDUNG

mee bandung sangat dikenali di negeri melaka, daerah muar,..kerana penyediaannya dan rasanya yang sangat sedap,..mee bandung ini menggunakan mee kuning..dan tidak pernah pula dengar menggunakan mee hoon..hihi  =)  mee bandung banyak cara penyediaannya...dan berbeza di negeri yang membuatnya...tetapi resipi di sini memilih resipi yang asas membuatnya,...mari lihat resipi di bawah,,

Bahan - bahan :

  • 5-6 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • secawan cili kisar
  • sedikit kacang tanah untuk dimakan (kisar)
  • 3 sudu besar udang kering (kisar)
  • 300 gram daging (potong nipis)
  • sedikit udang segar
  • 4 biji telur
  • 2 sudu sos tomato
  • 4 sudu sos cili
  • sedikit minyak (untuk tumis)
  • garam
  • 2 sudu besar gula
  • air secukupnya
  • 1 ikat sayur sawi (dicelup)
  • sebungkus mee kuning (direbus)
  • limau kasturi
  • daun sup
  • tauhu goreng
  • bawang goreng
  • 1 kiub daging
  • beberapa biji fish ball
  • cili jeruk (3tangkai cili merah hiris, 3tangkai cili hijau hiris, 1 sudu cuka)
Cara - cara : 
  1. sediakan dahulu cili jeruk dengan mencampurkan kesemuanya dan biarkan cili terendam dengan bekas yang tertutup. 
  2. panaskan sedikit minyak, dan tumiskan kesemua bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik baunya.
  3. masukkan 3 mangkuk air bersama daging, setelah daging empuk, masukkan pula kacang tanah dan udang kering tadi.
  4. selepas beberapa minit, masukkan sos cili, sos tomato, garam sedikit dan gula secukup rasa,dan kacau sehingga sebati.
  5. setelah itu pecahkan telur satu per satu..dan perlahankan api sedikit..biarkan sehingga telur masak.
  6. selepas telur masak, masukkan fish ball, sawi dan tauhu tadi..sebagai hiasan taburkan bawang goreng, perah limau kasturi dan masukkan cili jeruk.. ALHAMDULILAH dah siap MEE BANDUNG

SELAMAT MENCUBA resipi ini,,...  =)

No comments:

Post a Comment