BULAN SAFAR

Bulan Safar merupakan bulan kedua dalam taqwim Islam. Taqwim Islam diperkenalkan oleh Saidina Umar R.A. Diberi nama Safar kerana orang-orang lelaki Arab keluar rumah untuk berdagang, menggenbara dan menjalankan kegiatan ekonomi di laut. Tempat tinggal mereka menjadi kosong dan hanya dipenuhi kaum perempuan dan kanak-kanak.

Sejarah juga ada mencatatkan bahawa beberapa peperangan berlaku dalam bulan Safar ini iaitu peperangan AL Abwa dalam tahun kedua hijrah, perang Bani Qaibuqak dan Zi Amin pada tahun ketiga hijrah dan Peperangan Khaibar pada tahun keempat hijrah.

Selain itu turut ada beberapa peristiwa yang berlaku di dalam bulan ini, dan ini adalah peristiwa penting yang barlaku di zaman Rasulullah S.A.W dan wajar dikenang oleh kita iaitu ;
1) Berlaku satu Persidangan Darul-Nadwah iaitu suatu Persidangan yang dianjurkan oleh pihak Musyirikin Jahiliah yang terdiri dari pelbagai kabilah di Mekah. Persidangan ini bertujuan untuk melumpuhkan pengaruh dan dakwah Rasulullah S.A.W.

Persidangan ini dipengerusikan oleh Abu Jahal dan dihadiri juga oleh iblis yang menyamar sebagai seorang warga tua dari Najad. Selain melumpuhkan dakwah meraka turut bercadang untuk membunuh Rasulullah S.A.W. Tetapi tidak berjaya kerana Rasulullah S.A.W diperintahkan oleh Allah ta'ala untuk berhijrah dari Mekah ke Madinah.

2)  Rasulullah S.A.W mula sakit. Ini adalah peristiwa kedua yang berlaku di bulan Safar pada zaman Rasulullah S.A.W. Ianya berlaku pada akhir bulan ini setelah kembalinya baginda dari mengerjakan Haji Wida' (haji terakhir Baginda) baginda mula ditimpa sakit dan baginda wafat pada 12 Rabi'ul Awwal tahun 11 hijrah.

Semoga kita dapat pengajaran dari sejarah Nabi kita.
Sama-sama kita renungkan akan tujuan kita hidup di dunia ini.  =]

No comments:

Post a Comment