KUIH LOMPANG

kuih lompang mungkin kita tertanya apa tu lompang,,..nama kuih lompang ini agak pelik dengan struktur kuih tersebut,,..hihi  tetapi rasanya sungguh enak sekali,,jika kelapa parut yang dimakan sekali tu masih fresh,,..huhu  hari ini ingin aku berkongsi resipi kuih lompang ini,,..selamat menyelami resipinya,...


Bahan-bahan yang diperlukan :
   Bahan A :

  • 2 cawan tepung beras
  • 1/2 sudu kecil kapur (bancuh dan tapis)
  • kelapa muda diparut gaul dengan sedikit garam
   Bahan B : (masak sehingga mendidih dan tapiskan)

  • 1/2 cawan gula biasa
  • 1/2 cawan gula merah
  • 4 cawan air

Cara - caranya :

  1. bancuhkan tepung dengan air kapur yang ditapis
  2. kemudian tuangkan air gula yang suam dan kacau sehingga rata
  3. selepas itu panaskan cawan kecil dalam kukusan
  4. tapiskan adunan kedalam teko untuk memudahkan proses menuang ke dalam acuan kecil
  5. setelah habis memasukkan adunan, kukuskan kuih selama 20 minit.
  6. setelah masak, sejukkan kuih tersebut untuk seketika 
  7. kemudian cungkilkan kuih dengan perlahan - lahan dan letakkan kelapa parut diatas kuih tersebut...sudah tersedialah kuih yang dipanggil lompang...huhu =)


KUIH LOMPANG YANG SUNGGUH ENAKKKKKKK

No comments:

Post a Comment