BUBUR PULUT HITAM

bubur ada banyak cara untuk dihasilkan dan juga pelbagai rupa...bubur pulut hitam memberi rasa yang sangat unik daripada bubur yang lain..aromanya juga menarik perhatian orang jika membaunya..hihi  emmm, dah lama tak makan la,,..rindu la dengan bubur pulut hitam ni,....hari ini nak kongsi resipinya,...


Bahan - bahan :

  • 300gm pulut hitam
  • 1 keping gula melaka (terpulang untuk letak berapa banyak)
  • 100 ml santan
  • 1/2 cawan gula pasir
  • daun pandan
  • sagu
  • susu segar
  • garam
Cara - cara : 
  1. rendam pulut hitam terlebih dahulu semalam
  2. bersihkan pulut dengan menyiram di dalam bekas berlubang
  3. masukkan dalam periuk, masukkan air dengan lebihkan 2-3 inci dari pulut..dan masak sehingga lembut.
  4. masukkan daun pandan (disimpulkan)
  5. masukkan gula melaka dan gula mengikut kehendak masing-masing
  6. masak sagu dalam microwave selama 2 minit, tambahkan ke dalam periuk.
  7. akhir sekali, masukkan santan..dan kacau sehingga mendidih dan kelihatan likat..
  8. sudah siap, apabila hendak makan tambah sedikit susu segar bagi mengenakkan bubur tersebut...  =)


BUBUR PULUT HITAM, selamat mencuba..pasti ingat sampai bila-bila,,,...  =]

No comments:

Post a Comment