DAGING MASAK BLACK PEPPER

Daging masak black pepper mungkin jarang didengar di malaysia,,..tepi masakkan ini sering menjadi perhatian dikalangan orang melayu kita..disebabkan aroma dan keenakkannya membuatkan kita ingin memakannya..hihi  masakkan black pepper, kini turut menjadi juadah semasa majlis perkahwinan dan majlis besar lain juga..pagi ini saya ingin berkongsi resipi masakkan ala barat sikit ini..disini ada resipinya,....

Bahan-bahan yang diperlukan : (2-3 orang)

  • 200 gram daging (dipotong nipis)
  • 2 sudu makan black pepper
  • 3 sudu makan madu
  • 2 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan susu cair 
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 inci halia
  • garam, aji na moto, gula dan minyak secukupnya
Cara-caranya :

  1. bawang putih dan halia ditumbuk hingga lumat, black pepper ditumbuk kasar dan bawang besar dibelah 4...
  2. perap daging bersama sos tiram, black pepper dan madu, selama sejam (lagi lama lagi bagus)..
  3. panaskan kuali, tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.
  4. kemudian, masukkan daging,..tambah sedikit air dan tunggu sehingga daging empuk dan masak..selepas itu masukkan bawang besar dan tunggu sehingga layu...
  5. dan masukkan garam, aji, gula secukup rasa dan masukkan juga susu cair..biarkan untuk seketika sehingga pekat kuahnya,.sebagai tambahan boleh masukkan lobak merah dihiris dan sayur kobis bunga juga boleh dimasukkan untuk menarikkan lagi juadah tersebut...  =)
Sudah tersedia daging masak black pepper dan boleh dihidang,,...



Daging Masak Black Pepper versi melayu.....selamat mencuba,..  =]

No comments:

Post a Comment