SUP CENDAWAN ala pizza hut


sup cendawan adalah salah satu sup yang sungguh lazat..hihi  kita mungkin nak beli, tapi tak tahu di mana..yang paling popular pun kat kedai pizza hut yang jual..tetapi dengan adanya resipi sup cendawan disini..jadi kita tak payah beli kat pizza hut tu,..huhu  lebih kurang sama aja,..huhu  

Bahan : kisar
  • 1 liter air
  • 1/2 cendawan dalam tin (airnya dibuang)
  • tepung gandum setengah cawan
Bahan - bahan lain : 
  • 1 liter air 
  • 1/2 cendawan dalam tin di potong kecil
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 kiub ayam
  • 3 ulas bawang kecil (dikisar) - untuk ditumis
  • garam
  • minyak masak
Cara - caranya : 
  1. kisarkan kesemua bahan untuk dikisar
  2. panaskan kuali, kemudian tumiskan bawang
  3. masukkan bahan yang dikisar tadi
  4. kemudian masukkan air, susu cair, cendawan yang di potong, kiub ayam dan sedikit garam.
  5. masak sehingga mendidih..  siappp,,...!!!!   =)

Siap sudah SUP CENDAWAN ala pizza hut,,.... 

No comments:

Post a Comment