IKAN MASAK SAMBAL

masak sambal memang berbeza dengan masak merah kerana bezanya yang utama adalah penggunaan tomato dalam masak merah..tetapi masak sambal adalah asli dari lada kering..cara penyadiaannya sangat mudah..bagi diri ini ikan masak sambal adalah antara masakkan yang tersangat sedap..hihi  =)  disini ada resipinya,...

Bahan-bahan diperlukan :

  • 4 ekor ikan (ikan apa-apa pun boleh)
  • 4 biji bawang putih (kisar)
  • 2 biji bawang merah (kisar)
  • 1 biji bawang besar dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi (air asam pun boleh digunakan)
  • 1 cm belacan
  • 8 sudu cili kering yang dikisar (letak lebih pun boleh)
Cara - caranya :

  1. lumurkan ikan dengan garam dan kunyit..perap selama beberapa minit..
  2. selepas itu goreng ikan tersebut hingga garing
  3. panaskan minyak..tumiskan bawang yang dikisarkan tadi bersama cili kisar tadi..masukkan belacan dan bawang besar..tunggu sehingga garing..
  4. kemudian tunggu sehingga mendidih ..dan masukkan gula..dan boleh tambah chicken cube,.tambah garam secukup rasa..selepas itu masukkan ikan tadi..gaul hingga sebati..dan masukkan perahan air limau dan gaul sekali lagi untuk seketika..sudah tersedia Ikan Masak Sambal...  =)
IKAN MASAK SAMBAL yang enak....yummyyyyyy

No comments:

Post a Comment