PAU GORENG

Pau goreng adalah produk daripada pau kukus,,..tetapi telah di inovasikan dengan mengoreng pau tersebut bukan lagi dikukus,,..kekurangannya disini ialah kita terdedah dengan kolesterol (minyak untuk mengoreng),..huhu  tetapi pau goreng tetap sedap dan menyelerakan.,,..perkongsian resipi di sini,,..hihi  resipi ketiga untuk hari ini,..


Bahan-bahan yang diperlukan : 
   Inti : 
  • 200 gram kacang merah
  • air secukupnya (untuk memrebus)
  • 100 gram gula perang
  • 1/2 sudu teh pewarna merah
  • 1 sudu teh garam
  • 3 sudu besar minyak masak

   untuk Pau :

  • 500 gram tepung naik sendiri
  • 6 gram yis segera
  • 50 gram minyak sayur
  • 1/2 sudu teh garam
  • 100 gram gula halus
  • 250 gram air suam
  • minyak masak (untuk mengoreng)
Langkah-langkahnya :
   untuk inti :

  1. rebus kacang sehingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar dengan air rebusan)
  2. satukan kesemua bahan - bahan inti dan masak hingga pekat.
  3. setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.
   untuk pau :

  1. satukan air, yis, minyak, gula dan garam.dan masuk bahan-bahan ini ke dalam tepung sehingga membentuk doh. kemudian uli doh tersebut selama 5 minit.
  2. bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40gram.
  3. rehatkan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
  4. setelah 10 minit ambil doh tersebut dan bentukkan bulat. kemudian isikan intinya ditengah-tengah dan tutup doh itu supaya tidak bocor dan bentukkan doh menjadi bulat semula.
  5. disambil itu panaskan minyak,..setelah doh siap..goreng pau tersebut dalam keadaan api yang sederhana panas..goreng sehingga warna keemasan..selesai goreng sudah siap pau goreng,..  =]

No comments:

Post a Comment